Sunday, July 12, 2009

Aku & Melaka

Kenapa aku tgh sangkut di melaka?
Apakah salah aku?
Apakah dosa aku?
Sory piq, lmbt skit jmpa hg kat T1 mlm ni.
Chow..
p/s-lapaq nasik. bus 8.30mlm.

Thursday, September 11, 2008

Aku & Post

Isk, entah mengapa terasa susah sekali untuk nak post. ada saja aral yang datang melintang seperti kekangan masa, rakan-rakan seperjuangan dota, syahid di ranjang dan bermacam lagi. Awat tah ha, aku pon x paham. Isk. Aku tengah tensen tahap karma kerna Ares aku x berfungsi. Dia xmo online. isk, nak donlod lagu pon xleh. 

Ha, untuk pengetahuan korang, aku dapat laptop baru iaiti Apple Macbook Air... Ha ! Jgn x percaya plak. hg ingat aku miskin sgt ka ? Aku kayo wo...... Macbook Air yang aku dapat ini telah lama aku tunggu. Ia dilengkapi dengan 'flexible LCD stand' yang pasti tidak akan mengecewakan aku, iaitu dinding depan meja stadi aku. Amat kukuh dan terjamin selamat serta mematuhi piawaian sirim. Dan ketika detik aku menaip post ini, dinding bilik consultation menjadi rakan karib yang amat memahami laptop baruku. Beliau = dinding depan aku, langsung tidak mengecewakan aku. dalam post akan datang, aku akan postkan gambo Macbook Air ku. Jgn terbeliak n jeles lak. Sapa suh hgpa xnak beli. Or nak aku 'transformasikan' laptop korang kepada Macbook Air? Nak x ? Free of charge n kualiti terjamin. Apa2pon, at least Macbook Air aku xda kuar screen biru waktu men Dota macam kawan aku 2.. lolz. n at least laptop aku x rosak macam laptop Asus [termahal kononnya] kepunyaan rakanku yang merangkap rumate Jawa Perm, iaitu Zikri Kamardin <(bukan nama sebenar)

Bercakap tentang Zikri Kamardin aka ZikGel, beliau adalah pelajar yang sangat berdedikasi. Sumpah x tipu ! tahla hensem, banyak awek plak 2, player la katakan... hmm. bertobatlah wahai kawankau di bulan ramadhan ni. pantang ja weekend, ada ja kesana sini ngn si............. n ............. . Minggu lepas dengar kata kuar ngan Deulilah, kat Kuala Pilah, weekend ni ngn sapa lak tah. Aku malas nak kata pa, kubur masing masing, n aku harap Si Jawa amik perhatian dan tindakan demi membetulkan rumatenya. Amin... dah lah. esok aku ingat nak jalan jauh ke ......... .

p/s- aku sayang zikri ! 

Friday, August 8, 2008

Aku & DSLR

DSLR ?

Sesuatu yang telah menggamit hati nurani aku untuk mendekatinya dengan lebih mendalam setelah menceburkan diri dalam dunia CAMERA.  Aku skang juz guna Sony DSC-T2 ja. Tapi, rasa masih belum puas untuk digunakan untuk merakamkan memori indah, suka duka untuk dijadikan kenangan di hari tua kelak. Cey, berbunga lak ayat aku. Isk.

Uik, aku cakap DSLR, kadang2 org xtau. Almaklumlah, benda x sepopular Abang B (satgi ni ada la yang nak marah aku dengan kata2 "aku x kaco hg, awat hg kaco aku?") Hu... DSLR = Digital Single Lens Reflex Camera, yala kot kalu aku x silap. Camera yang besar berwarna kulit aku ( hitam ) 2. Banyak org kata menyusahkan (aku pon kata gak dulu), tetapi kehebatannya dalam mengabadikan gambar tidak dapat ditandingi mana2 Digital Camera biasa termasuk T2 ku.

Heh... DSLR ni masuk dalam Long Term Budget aku. Aku kena kumpul duit dalam RM 3000++ mcm 2. Boleh la 'sapu' yang kuat2 skit skali dengan lens.

Aku skang ada kawan baik (baik ka? ya kot sebab jiran n sesama buat kerja gila) iaitu Tapa aka Muhamad Hazim Bin Mustafa Amin. Dia dah beli Canon 400D. < (Aku tersangat la jeles kat dia) Mentang2 la fly p Korea awal, byk duit dapat leh la sapu 400D. Aku dok tengok2 gambar2 kat Flickr dia, jeles siot. Bagi aku, apa yang dia buat 2 tersangat la bijaksana dan tak tercapai akalku. Aku pon dah terpikir cm2, tunggu step ja. Heh. Yala, kalu amik gambar lawa2, leh simpan, nanti kawin ada anak n dah tua2 (kalu masih idup), leh tgk gambar2 zaman muda remaja (zaman gila).

Hmm, ini adalah list option DSLR yang aku mark... Hehe...

  • Nikon D80

(Pro- Hebat. Cons- Mahal skit. X termasuk lens pon dah dekat RM 3k. Lens lagi pulak nak beli, hmmmm.... tp long term investment ok kot)

  • Canon EOS 450D

(Pro- Hebat. Lagi mahal, RM3k)

                

  • Sony A350

(Pro- Value for my precious money RM3k, tapi dapat 2 lens. 1 standard n 1 lagi lens telephoto 'untuk nak amik gambar jauh')

           

Fuh, perjalananku masih jauh untuk DSLR-To-Own aku ni.... Minta2, menjadi kenyataa. Amin.....

p/s- post ni panjang, menunjukkan yang aku tersangat, terlalu dan teramatlah suka, sayang, cinta akan menatang yang bernama DSLR ni.

Tuesday, August 5, 2008

Aku & Study

Bagaimana aku study?

Bagi aku, Study = Iman. Pertama, iman bertambah dan berkurang. Bila iman aku bertambah, aku akan kuat study. Tapi selalunya, iman aku susah skit nak bertambah. Entahla.., mungkin lebih tepat lagi aku study ikut mood. Aku bukan jenis study kuat n konsisten. Isk, awat la susah sangat nak study dengan konsisten. Isk, mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya terhadap aku. Contohnya si immigrant sebelah bilik aku yang banyak mempengaruhi aku. Si Jawa. Dok ajak aku DOTA ja memanjang. Bangsat dowh Jawa… Ha, IA Malay aku dah lulus dengan jayanya. Serba sedikit tentang komen cikgu Malay kesayangan aku, 'Baik + OK, Intro yang baik (intro 2 aku amik kat buku2 ja…)'. Meja study aku dah bertambah kepada 2. Baru tambah satu lagi. Mungkin ini boleh dikatakan sebagai pemangkin untuk aku belajar. Insyaallah… Amin. Aku pon a wat Daily Schedule yang aku tampal depan meja study aku. Macam biasa la, itu hanya planning aku, tapi hakikatnya hanya aku yang tahu. Nak capai 5% ikut pon susah. Isk. Banyak sangat dugaan dan rintangan. Xpalah, aku nak p mandi and solat lu. Yang rumate aku ni dok men gitar lagi. Bengong tol… Chow

P/S- I Love Study ( kononnya la ) <pembakar semangat !!!

Aku & IA M3 ( Assignment ) Tentative Perjuanganku Seharian...

0600: Bangun. 'Dalam otak, Soklan da 6, 3 soklan dah buat, soklan 4 akan dibuat(tahu la method apa nak guna), soklan 5 & 6, tunggu para 'brainstormers' kolej yang ditunjangi Cikgu (atau nama lain beliau adalah Pak Majid)

0800~1440: Ke kelas. Seperti biasa, aku dengan penuh'konsentrate' dalam kelas. Sepatutnya kelas abis kul 1420, tapi ckgu Business ni tersoronok ajar sampai terlajak 20 minit (dah dijangkakan pon).

1445~1530:

Planning:

  1. Makan,
  2. 'Nyawa',
  3. Mandi
  4. Solat.
  5. Start buat IA M3 < (Harapan Tinggal Harapan)

Hakikatnya:

  1. Makan
  2. Melagho sambil 'bernyawa'
  3. Solat sat.
  4. Gunting quote2 akhbar yang best untuk dilekatkan kat dinding bilik (xda keja)
  5. Tiba2 'ahli bilik' baru, si zarfan masuk n nak tgk cita Team Medical Dragon kat laptop aku. bagi jela, x bagi, merajuk lak. 
  6. Menunggu Si Zarfan.
  7. Baring2 atas katil.
  8. Tewas di kamar ranjang. ( sampai kul 7)

*Inilah hakikat kehidupan aku.

0900~0000: Buat soklan number 4. (sambil melagho...)

0000~0200: Menunggu hasil para 'brainstormer' kolej. tiada hasil nampaknya. 

0300: Baru start wat soklan 5. Aku gagahi jua membuatnya ( sebenarnya tukar skit2 ja ) hehehe.. biasa la aku...

0400~0630: Baru siap print, binding, n suma2 lah. ( almaklumlah, due date ) Terpaksalah siapkan gak. kalu x, kantoi aku buat IB.

0730: bangun. Dalam perjalanan ke toilet, ada la, ramai gak la hamba2 allah yang baru nak wat ia m3. malas la nak senaraikan nama, nanti Zikri (bukan main sedap lagi tidoq semalaman dikala orang lain bersengkang mata wat ia m3, jawa dah x larat gerak dah) marah plak kat aku. 2 aku x letak nama dia kat sini. Shh... 

0800: Aku & Asip bersama-sama ke kelas (dengan bangganya) sebab siap ia m3. yeah !!! *ada ka ustaz tahan aku, dia ingat aku pakai suar jeans, mana da. sampai pegang2 suar aku. xpa, beliau hanya menjalankan tanggungjawab beliau ( arahan En. T).

Ermm... Dah lah. Double A ( Arith Atta ) dok mengomel dah ajak aku balik makan.Kena chow la dulu.. nanti aku post lagi..

Daaa...

Friday, August 1, 2008

Aku & Rungsing

Salam,
Post kedua aku. Entah mengapa, aku rungsing memikirkan keadaan aku yang merungsingkan. Aku pn xtau apa yang aku rungsingkan 2, tapi tah merungsingkan la... Aku ada banyak keja: EE, IA M3, IA Business, TOK Essay <(benda paling mengarut pernah aku jumpa), and mcm2 lagi. Apa perasaan aku yang sebenarnya ni ha ? Adakah aku "wire problem" or aku pn xtau aku ni da masalah pa. Aku kaget sekali... Isk.
Ok2, aku nak layan manga Team Medical Dragon jap, datgi kalu aku rajin aku post len...

p/s-Redza, < pembakar semangat aku dalam memperjuangkan blog aku ni...

Friday, July 25, 2008

Prolog


Salam, post pertama aku kot nih. Tunggu la nanti2, ada la aku 'merepek' lagi. Ermm... Aku dalam kelas ni, tengah consult with M3 n Chemistry teacher pasal apa tah. Cakap2...Aku tengah men game Virtual Villager 3. Best gak...
Apa la aku merepek ni...
Dah2, gtg...